Hamil Anak Keempat, Yana Samsudin Anggap Kehamilan Kali Ini Tak Mencabar - “Memang Impian & Doa Nak Anak Ramai”

3 Jun 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila dia kini sedang hamil cahaya mata keempat dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Tiada alahan teruk

Menerusi temu bual di TikTok Nona, Yana memberitahu dia tidak mengalami alahan ‘morning sickness’ yang teruk seperti ketika mengandungkan anak ketiga.

 

“Anak keempat, Alhamdulillah. Kali ini dia kurang sikit mencabar… mencabar tapi kurang dari anak ketiga. Nombor tiga itu, saya sampai enam bulan tak boleh bangun.

 

“Yang ini saya masih bpleh bekerja sikit tetapi morning sickness itu masih ada lagi nak masuk lima,” kongsinya.

Impi anak ramai

Dalam pada itu, Yana turut bersyukur dikurniakan zuriat keempat dalam tempoh yang cepat berbanding anak-anak sebelum ini memandangkan dia sememangnya mahukan cahaya mata ramai.

“Saya kan PCOS, semua orang pun tahu saya ada PCOS. Saya nak dapat nombor satu ke nombor dua ke nombor tiga, semua selang empat tahun.

 

“Maksudnya saya menunggu empat tahu untuk dapatkan seterusnya. Tapi kali ini bila anak ketiga saya baru setahun setengah, saya dikurniakan anak lagi.

 

“Memang impian saya dan doa saya untuk anak ramai. Lebih daripada dua, tiga. Allah makbulkan. Usia saya pun dah semakin meningkat,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved