Hamil Anak Sulung, Orang Ramai Ucap Tahniah Kepada Sharifah Amani Dan Suami

Entertainment
4 Feb 2024 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat filem tempatan pastinya tidka asing dengan nama Sharifah Amani. Mula menempa nama di dalam industri perfileman menerusi filem Sepet, penampilan Sharifah Amani dalam setiap filem yang dibintanginya pasti ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Terkini, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh beliau menerusi X.

Korang boleh tengok video pendek @sharifahamani di bawah.

 

Tahniah Nani!

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Nani dan suami. Kalau tengok ruangan komen pun ramai yang tumpang gembira dengan berita ini.

image is not availableTahniah untuk pasangan dua sejoli ni. Semoga perjalanan ini dipermudahkan sampai bayi lahir.

image is not availableAmiiinn… Sebagai pemerhati, kita doakan yang terbaik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Doa dari jauh pun boleh.

image is not availableLepas ni Nani dah boleh ambil tips pengalaman ibu-ibu yang pernah mengandung di luar sana. Kena banyak rehat supaya ibu dan bayi sentiasa sihat.

image is not availableTak sangka kan, selepas beberapa tahun follow Nani, akhirnya dapat berita gembira macam ni. Kita pun tumpang bangga lah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.