“Hampa Menyusahkan Kerja Aku” – Dilapor Eksploitasi Anak Ke JKM, Bapa Gibran Luah Rasa Terkilan

LocalFamily & Parenting
3 Sep 2025 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Abang Chaq, bapa kepada Baby Gibran yang terkenal di TikTok, kini menghadapi tekanan besar selepas namanya dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas tuduhan mengeksploitasi dan menganiaya anaknya.

Isu ini timbul selepas sebuah aduan tidak berasas dibuat oleh seorang individu yang menyebabkan Abang Chaq terpaksa menjalani soal siasat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Abang Chaq meluahkan rasa kecewa dan penat berhadapan dengan aduan yang tidak benar ini. Menurutnya, proses tersebut sangat memberatkan, apatah lagi ia mengganggu keharmonian hubungan dengan bekas isterinya, ibu kandung Gibran.

Dia turut menyatakan bahawa segala konflik yang berlaku dalam perkahwinan lama adalah urusan peribadi mereka dan tidak seharusnya dibawa campur tangan pihak luar.

image is not available

image is not available

Di samping itu, Abang Chaq mengakui sedang berdepan masalah kewangan akibat perniagaan yang tidak berjalan lancar. Namun, dia memandangnya sebagai ujian daripada Allah.

Dalam video yang dimuat naik, Abang Chaq juga menyindir pihak yang membuat aduan tersebut, menganggap mereka tidak memahami situasinya.

image is not available 2025-08-07 13:40:46

Netizen Nak Boikot Lepas Isteri Baru 'Post' TikTok, Abi Gibran Tak Diam Diri - "Hampa Takkan Kenal Gibran Tanpa Melalui Abi"