Netizen Nak Boikot Lepas Isteri Baru ‘Post’ TikTok, Abi Gibran Tak Diam Diri – “Hampa Takkan Kenal Gibran Tanpa Melalui Abi”

LocalFamily & Parenting
7 Aug 2025 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, bapa kepada bayi comel, Gibran yang sangat dikenali oleh warga di TikTok iaitu Abang Chaq atau Abi memaklumkan dirinya sudah berkahwin baru selepas bercerai dengan ibu Gibran pada tahun lalu.

Susulan pendedahan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pengakaun Abang Chaq.

Abang Chaq tak diam diri netizen nak boikot bisnes sebab isteri baru

Terbaru, melalui klip video memaparkan live personaliti media sosial itu, dia memaklumkan selepas isteri barunya memuat naik video di platform TikTok, ramai yang meluahkan mahu memboikot bisnes restoran Abang Chaq iaitu Tong Kayu Cafe.

Tidak mendiamkan diri, Abang Chaq berkata ramai yang menggunakan emosi untuk mencampur adukkan urusan yang sama sekali tiada kaitan.

image is not available

Dua urusan yang berbeza, ramai yang sekarang ni guna emosi untuk rosakkan urusan yang tiada kena mengena.

“Hampa takkan kenal Gibran tanpa melalui Abi..”

Susulan itu, lelaki berkenaan berkata jika netizen mahu memboikot bisnesnya, banyak pihak yang akan terkesan termasuk nafkah anak-anak iaitu Wael dan Gibran.

Disebabkan tindakan melampau tu, membuatkan orang yang hampa sayang terganggu. Terutamanya hampa sayang anak-anak Abi, Gibran dan Wael. Hampa kena ingat, Abi orang yang pertama yang viral dan famous kan Gibran. Hampa takkan kenal Gibran tanpa melalui Abi.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tak puas hati dan merasakan Abi Gibran itu hanya merasakan diri yang betul tanpa mahu mendengar pendapat orang lain.

image is not available 2025-07-24 14:34:46

"Nombor 2 Dia Tak Ganggu, Saya Yang Ajak Kahwin" - Berlaku Lepas Berpantang, Ibu & Abi Gibran Rupanya Sudah Bercerai