Hampir 10 tahun kahwin, Marsha & suami masih cari waktu sesuai buat rawatan IVF

Family & Parenting
29 May 2024 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Marsha Milan dan suami masih cari waktu sesuai buat rawatan IVF ( rawatan kesuburan In-vitro) selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga tanpa dikurniakan cahaya mata.

Masih cari waktu sesuai buat rawatan IVF

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh berkata, sehingga kini dia dan suami masih mencari waktu sesuai untuk menjalani rawatan IVF bersama.

image is not available

Hal ini demikian kerana proses berkenaan menuntut komitmen untuk tempoh masa yang panjang.

Malah, dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed telah berjumpa pakar bagi berbincang mengenai rawatan berkenaan.

“Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

“Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja.

“Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya.

image is not available

Tak kisah ambil anak angkat

Ujar penyanyi berusia 39 tahun, dia juga tidak kisah seandainya mengambil anak angkat seandainya benar mereka ditakdirkan tiada rezeki zuriat.

Bagaimanapun, suami Marsha yang juga ahli perniagaan menasihatinya agar tidak berfikiran jauh mengenai hal berkenaan kerana mereka masih belum dikatakan terlalu ‘tua’.

“Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

“Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

“Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang juga merupakan ahli perniagaan pada 31 Disember 2015.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)