Hampir 130,000 pesawah terima insentif bajak, tuai RM210 per hektar

11 Jun 2024 • 3:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

PUTRAJAYA, 11 JUN: Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif penuaian.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, pada 27 Mei lepas kementerian telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian.

“KPKM mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 manakala insentif penuaian pula pada kadar RM50 per hektar per musim,” menurut kenyataan itu.

Pada 27 Mei lepas juga KPKM memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuk kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved