Hampir 2,000 pendatang, 109 majikan ditahan operasi Imigresen takat Ogos

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 6:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menahan 1,952 pendatang tanpa izin dan 109 majikan yang menggajikan mereka menerusi pelbagai operasi dari Januari hingga Ogos lalu.

Pengarahnya Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata warga Bangladesh mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 466 orang diikuti Indonesia (326), Pakistan (178), India (163) dan China (159), manakala selebihnya dari negara lain.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata 422 fail siasatan dibuka bagi tujuan tindakan kompaun dan pendakwaan dengan 835 warga asing didakwa kerana melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tiada pas atau permit sah dan melanggar syarat pas atau permit.

Sementara itu Wan Mohamed Saupee berkata menerusi pelbagai operasi antaranya Ops Pemantauan, Ops Sapu, Ops Belanja, Ops Jaja dan Ops Kutip itu, JIM Kuala Lumpur mengutip kompaun berjumlah RM6.3 juta.

“Selain pendakwaan dan kompaun, JIM Kuala Lumpur turut mengusir 1,761 pendatang tanpa izin ke negara asal melibatkan 30 negara dan mereka disenarai hitam memasuki Malaysia pada masa depan,” katanya sambil menjelaskan semua siasatan dan tindakan dilakukan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan dan Akta Pasport 1966.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved