Hampir 3,000 Notis Saman Awas Setiap Hari Di Terowong Menora

LocalCars
30 Sep 2025 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia awas Terowong Menora

Sebanyak 3,000 notis saman dikeluarkan setiap hari melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di Terowong Menora, Ipoh, Perak.

Menurut laporan Kosmo, jumlah ini diperoleh hasil rakaman dua kamera Awas yang dipasang di kedua-dua arah Lebuh Raya Utara Selatan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.

Setakat ini, kesalahan melibatkan had laju yang direkodkan oleh kamera Awas di kedua-dua arah di Terowong Menora mencecah 3,000 notis saman setiap hari.

Waktu puncak dan musim perayaan paling banyak kesalahan

image is not available

Katanya lagi, jumlah saman melonjak pada musim perayaan dan cuti sekolah, apabila lebih ramai pengguna jalan raya melalui laluan tersebut.

Selangor pula catat jumlah tertinggi saman Awas

image is not available

Walaupun Terowong Menora merekodkan paling banyak saman harian, Selangor tetap menjadi negeri dengan jumlah keseluruhan saman Awas tertinggi di Malaysia.

Pssttt! Kalau memandu, jangan pentingkan diri. Patuhilah had laju demi keselamatan semua.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.