Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Mint Langkau’ Minuman Special Sempena Gawai

29 May 2023 • 12:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sesuai dihidangkan untuk tetamu istimewa anda sempena Gawai Ini!

Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Mint Langkau’ Minuman Special Sempena Gawai. Hari Gawai, juga dikenali sebagai Pesta Kaamatan di Sabah, merupakan perayaan penting dalam budaya orang Iban dan Dayak di Malaysia.

Perayaan ini biasanya diadakan pada 1 Jun setiap tahun untuk menyambut musim menuai baru.

Selain daripada kegiatan pesta dan tarian tradisional, salah satu elemen penting dalam perayaan Hari Gawai adalah minuman tradisional yang dikenali sebagai langkau dan tuak.

image is not available
Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Mint Langkau’ Minuman Special Sempena Gawai. Kredit: Facebook

Kedua-duanya merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan melalui proses penapaian.

Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi resipi menarik iaitu mint langkau yang sesuai dihidangkan semasa hari gawai nanti.

Bahan-bahan:

Ais

Langkau

Kordial blue rose

Perisa peppermint

Lemon

Air soda bikarbonat (Optional)

Sprite lemon (Optional)

image is not available

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bekas.
  2. Masukkan ais ke dalam bekas yang disediakan.
  3. Satukan kesemua bahan iaitu langkau, perisa peppermint untuk rasa yang berangin, kordial blue rose dan lemon.
  4. Adjust ikut cita rasa anda.
  5. Untuk rasa yang lebih mantap, anda juga boleh masukkan air soda bikarbonat dan air sprite lemon.
  6. Sedia untuk diminum.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: