Hampir 98 Peratus Syarikat Produksi Tak Carum KWSP Buat Pelakon Muda & Kanak-Kanak

19 Feb 2024 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan, sejumlah 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda di dalam filem dan drama dilaporkan tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peratusan tersebut diperoleh menerusi sebuah kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama yang dijalankan pihaknya.

Tambahnya lagi, kajian tersebut menunjukkan hanya 2.22 peratus syarikat produksi sahaja berbuat demikian (mencarum KWSP) dan secara tak langsung menunjukkan bahawa tiada kesedaran di pihak syarikat produksi.

image is not available

Selain itu, menurutnya berkemungkinan syarikat-syarikat ini tidak melihat pelakon kanak-kanak serta orang muda ini sebagai bukan pencari nafkah keluarga.

Menurutnya, dalam konteks ini, kekuatan dan akta perlu diperitingkatkan.

Perkara itu disampaikan oleh Mohd. Uzir selepas melancarkan Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama baru-baru ini.

image is not available

Dalam pada itu, sebanyak 73.13 peratus daripada syarikat produksi juga tidak mengetahui mengenai keperluan untuk mereka bagi mendapatkan lesen permit hiburan awam daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Menurutnya lagi, hanya 4.16 peratus sahaja yang menyedari kepentingan lesen berkenaan manakala 22.71 peratus daripada syarikat produksi yang terlibat dalam kajian berkenaan tidak pasti tentang lesen tersebut.

Sumber : Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.