
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari bumbung tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Nipah, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerima maklumat berhubung seorang lelaki dipercayai cuba terjun dari bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, susulan maklumat tersebut, anggota polis digerakkan ke lokasi.
“Seorang lelaki didapati berada di bahagian bumbung tingkat empat dan dipercayai cuba terjun.
“Usaha memujuk serta menenangkan lelaki berkenaan dilakukan sebelum dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa kira-kira pukul 11.10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan ambulans bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil dan terkawal. – KOSMO! ONLINE
The post Hampir dua jam pujuk lelaki di bumbung tingkat empat appeared first on Kosmo Online.






