
KULAI – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan lelaki warga emas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, arah Kulai, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia 78 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dipercayai terjatuh motosikal sebelum dilanggar kenderaan berat tersebut.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Johor Bahru menuju ke Kulai.
“Setibanya di lokasi itu, si mati dipercayai terjatuh. Pada masa sama, sebuah lori dari belakang dipercayai menggilis kepala mangsa menyebabkan warga emas itu parah dan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk proses bedah siasat.
Katanya, setakat ini pemandu lori terbabit masih belum dikenal pasti dan usaha mengesan sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE
The post Drebar lori dicari kes warga emas maut digilis appeared first on Kosmo Online.

![Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas Boxing Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-4.17.48-PM-701x1024.jpeg?t=1789984104)




