Hampir Potong Usus, Dato Seri Vida Mengaku Terpengaruh Dengan Rakan

17 Dec 2022 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mengaku hampir melakukan prosedur kecantikan kerana terpengaruh dengan rakannya. Eh betul ke?

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, mendedahkan bahawa dirinya hampir melakukan pembedahan bariatrik demi kelihatan kurus dan cantik.

Ikut kawan

image is not available

Vida mengaku telah membayar wang deposit sebanyak RM33,000 bagi pembedahan itu namun membatalkan hasratnya kerana perasaan takut.

Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus, nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.

Usahawan itu juga memaklumkan bahawa dirinya terpengaruh dengan rakan-rakannya yang menjalani prosedur itu.

Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba.

Vida telah mengambil langkah untuk amalkan produk sendiri dan menasihatkan usahawan yang lain untuk tidak menganiaya pengguna dengan melakukan pembedahan.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media