“Nak Tiru Video Sajat Ke?” – Tertidur Ketika ‘Live’ TikTok, DS Vida Dituduh Kemaruk Cari Duit

Music
15 Dec 2022 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat tertidur ketika bersiaran langsung (live) di TikTok bagi tujuan mempromosikan barang jualannya.

Tampil memberi respon mengenai video tersebut, DS Vida berkata dia kadang-kadang berasa penat kerana terlalu berusaha untuk mencari rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tertidur masa live tadi, kadang-kadang penat, inilah kehidupan saya, live dari pagi ini sampai pagi esok.Tak pernah putus asa walaupun kadang-kadang terjatuh.

DS Vida juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selalu menyokongnya dalam bidang perniagaan yang diusahakan kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon yang pelbagai.

Ada yang meluahkan rasa kagum dengan semangat ibu tunggal itu mencari rezeki dan ada juga yang meninggalkan komen sindiran dan mengkritik tindakan DS Vida itu.

Kemaruk duit walaupun dah kaya raya. End la dulu live tu dah bangun nanti sambung balik. Ke nak tiru sajat? nak viral? Dengan video tido je?

Malah ada juga yang berkata DS Vida sering membazirkan duit dengan perkara-perkara tidak bermanfaat seperti membuat muzik video lagu-lagunya di YouTube.

Itulah, duit bazirkan buat music video.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) "Terima Kasih, Saya Dah Kahwin" - Kerap Buat 'Live' TikTok Dengan Sajat, Doktor Kacak Ini Jadi Tumpuan Netizen