Hampir RM1 bilion wang rakyat ‘hangus’ akibat kes mahkamah

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 9:10 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa menanggung pampasan dan ganti rugi hampir RM1 bilion antara 2020 hingga 2025, berpunca daripada kesalahan, kecuaian dan tindakan salah pegawai serta agensi kerajaan.

Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mendedahkan jumlah keseluruhan bayaran mencecah RM933,360,633, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai tahap integriti dan kecekapan pentadbiran awam.

Beliau menegaskan Putrajaya tidak akan berdiam diri.

“Sekiranya terdapat pegawai atau pihak lain yang didapati cuai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya yang menyebabkan kerugian ini, maka kementerian berkaitan hendaklah mengemukakan syor sama ada pegawai tersebut dikenakan tindakan tatatertib,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Anwar menjelaskan bahawa setiap kementerian yang terbabit dengan kes mahkamah diarahkan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca dan kronologi kes yang memaksa kerajaan membayar pampasan.

Beliau turut menekankan bahawa surat teguran rasmi telah dikeluarkan kepada kementerian berkenaan supaya tindakan sewajarnya diambil mengikut peraturan sedia ada.

Pendedahan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan William Leong (PH–Selayang) berhubung jumlah wang rakyat yang dibelanjakan serta langkah kerajaan mengurangkan liabiliti kewangan pada masa depan. - 4 Mac, 2026

The post Hampir RM1 bilion wang rakyat ‘hangus’ akibat kes mahkamah appeared first on Scoop.