“Ingatkan orang lain” – Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terbaru Fathia Latiff

Entertainment
7 May 2024 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Fathia Latiff bukanlah nama asing dalam industri lakonan tanah air, namanya melonjak naik selepas drama bersiri Ariana Rose ditayangkan.

Pun begitu, baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai susulan penampilan terbarunya dalam sebuah acara sambutan raya yang dianjurkan oleh pasangan selebriti tempatan Rozita Che Wan serta Zain Saidin.

Dalam video yang tular itu, wajah Fathia dilihat sedikit berbeza dan ramai netizen yang berkata dia kelihatan jauh lebih berusia.

Malah, ada juga netizen yang berkata pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular itu kelihatan lebih berusia daripada Rozita Che Wan meskipun jarak umurnya yang ketara.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan oleh @rosixomar25 itu sudah pun mendapat lebih 400K tontonan serta lebih 600 komen.

Bagaimanapun, masih belum ada komen daripada tuan punya badan mengenai penampilan terbarunya itu.

Maybe tak pakai make up kot…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.