
Telefon pintar kini ialah keperluan dan bukan lagi dilihat sebagai produk mewah. Sejak mula dilancarkan hampir 19 tahun lalu, iPhone menjadi ikutan pengeluar lain dengan ia memulakan era telefon pintar dengan skrin sentuh. Menurut laporan terkini Counterpoint Research, sehingga penghujung 2025 hampir setiap 1 daripada 4 telefon pintar aktif global kini ialah sebuah iPhone.

Dalam laporan yang sama iPhone ialah model telefon pintar yang mempunyai jumlah peranti aktif tertinggi di seluruh dunia. Pada waktu yang sama hanya Apple dan Samsung adalah pengeluar yang mempunyai lebih 1 bilion peranti aktif. Dua kuasa besar telefon pintar ini memegang 44% jumlah peranti aktif global.
Daripada 10 pengeluar peranti terbesar dunia, 8 daripadanya mempunyai lebih daripada 200 juta peranti aktif. Motorola dan Realme kini semakin hampir memasuki kelab eksklusif ini dan sedikit mengejutkan Transsion lebih awal menyertainya. Tambahan lagi Transsion menerusi jenama Itel, TECNO, dan Infinix mempunyai lebih banyak peranti aktif berbanding Huawei, Honor, Motorola, Realme dan Google.



