Hampir Sebulan Meninggal Dunia, Jasad Pemain Badminton China Belum Dituntut Keluarga

25 Jul 2024 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk makluman ramai, jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia di gelanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada 30 Jun lalu masih berada di negara itu.

Jasad masih belum dituntut

Difahamkan, pihak keluarga mendiang masih belum menuntut mayatnya yang berada di Indonesia biarpun sudah masuk hari ke-24 atlet China itu meninggal akibat masalah jantung terhenti.

Jasad atlet itu kini berada di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.

image is not available

Keluarga minta beri masa

Namun begitu, pihak keluarga telah meminta agar jasad Zhang Zhi Jie tetap berada di hospital tersebut buat sementara waktu.

Benar, hingga kini jenazah Zhang Zhi Jie masih di RS Sardjito Yogyakarta. Maklumat yang diterima daripada panitia pelaksana setempat, pihak keluarga meminta tempoh satu minggu lagi untuk mengambilnya.

Broto mengakui tidak tahu alasan disebalik keluarga masih belum tuntut jasad atlet tersebut tetapi memberitahu pihak PBSI sedia menanggung proses pemulangan jasadnya pulang ke China.

image is not available 3 weeks ago

Pengadil Didakwa Lembab Beri Arahan, Pemain Badminton Alami Kejang Di Gelanggang Sehingga Meninggal Dunia