Hampir Sebulan Tamat, ‘Love Next Door’ Kekal Tersenarai Dalam Ranking Popular Netflix Malaysia

22 Oct 2024 • 3:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai sepertinya masih belum move on dengan drama “Love Next Door”.

Menerusi ranking Flixpatrol, drama berkenaan yang sudah hampir sebulan tamat dilihat masih lagi berdiri utuh di dalam ranking popular Netflix di Malaysia, di tangga ke-10.

Malah terdapat beberapa drama Korea lain yang turut tersenarai dalam ranking itu iaitu “Doubt” di tangga ke-3, “A Virtuous Business” di tangga ke-4 dan “Culinary Class Wars” di tangga ke-5.

image is not available

“Love Next Door” yang bersiaran di Netflix membawa kisah seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.

Korang mesti layan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.