“Tak Rasa Janggal Pun..” – Banyak Khabar Angin Tersebar, Jung Somin Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Jung Haein

EntertainmentMovie
9 Oct 2024 • 11:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 16 episod, drama “Love Next Door” telah pun melabuhkan tirainya.

Dalam satu temu bual yang dilakukan selepas drama itu tamat, Jung So-min turut bercakap tentang khabar angin yang menyatakan bahawa dia dan Jung Hae-in sedang bercinta dalam kehidupan sebenar.

Respon pelakon wanita itu,

Saya sentiasa fikir ianya penting untuk mempunyai keserasian dengan semua pelakon kerana ia akan membantu untuk cerita dan aliran drama. Syukurlah, Hae-in juga fikir yang sama dan kami dapat menghidupkan chemistry kami dengan baik. Kami tak rasa janggal pun lepas ada khabar angin percintaan tu. Apa yang penting ialah untuk mencipta drama itu bersama-sama.

image is not available

Kemudian ketika ditanya jika khabar angin itu benar, Jung So-min mengaku,

Tidak. Kami hanya mempunyai keserasian yang baik. Saya cuba memikirkannya dengan cara yang positif.

Korang nak tak tengok diorang berlakon bersama sekali lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved