SHAH ALAM, 10 NOV: Lapan daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 pagi.
Cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Negeri Sembilan, Melaka selain beberapa kawasan di Perak dan Johor.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 10 pagi appeared first on Selangorkini.

