Klang, Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 3 petang

9 Nov 2024 • 1:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 NOV: Enam daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka selain beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Facebook Malaysian Meteorological Department