
SHAH ALAM, 31 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.
Menurut agensi itu menerusi Facebook, hujan lebat dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
The post Hampir seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang appeared first on Selangorkini.
