Hamzah Letak Jawatan Ketua Pembangkang

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 12:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hamzah Letak Jawatan Ketua Pembangkang

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Menerusi hantaran video di laman Facebook rasmi beliau, Samsuri memaklumkan bahawa perkara berkenaan akan disampaikan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin.

Baca juga:

“Saya rasa esok surat itu akan dihantar memandangkan hari ini merupakan hari cuti. Ia melibatkan pemakluman kekosongan jawatan Ketua Pembangkang buat masa ini.

“Apabila kita hantar surat menyatakan berlaku kekosongan, maka secara automatik jawatan itu dikosongkan. Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan lagi Ketua Pembangkang,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai kemelut yang berlaku apabila jawatan tersebut mempunyai penyandang, Samsuri menegaskan parti komponen masih boleh bergerak dengan pelbagai cara berikutan Dewan Rakyat belum bersidang.

“Saya rasa bila kita masuk ke sidang berikutnya pada bulan Jun ni, kita akan mempunyai Ketua Pembangkang,” jelasnya lagi.