Hamzah Lepas Jawatan Ketua Pembangkang, PN Sahkan Kekosongan

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 6:52 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah Zainuddin telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut beliau, perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin menerusi surat rasmi.

Surat rasmi dimaklumkan Isnin

“Surat akan dihantar esok memandangkan hari ini cuti. Ia bagi memaklumkan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang buat masa ini.

“Bila surat dihantar menyatakan kekosongan, maka secara automatik jawatan itu dikosongkan. Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan lagi Ketua Pembangkang,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook.

Mengulas lanjut, Samsuri berkata walaupun berlaku kekosongan, parti-parti komponen PN masih boleh menjalankan peranan masing-masing kerana Dewan Rakyat belum bersidang.

Tambahnya, PN dijangka akan menamakan Ketua Pembangkang baharu apabila sidang Dewan Rakyat bersambung pada Jun depan. – The Malaysian Update

The post Hamzah Lepas Jawatan Ketua Pembangkang, PN Sahkan Kekosongan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved