Hamzah mahu jadi penyokong nombor satu, pertahankan Muhyiddin – “BERSATU parti terakhir saya…”

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 8:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan beliau akan menjadi penyokong nombor satu yang mempertahankan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menolak sebarang dakwaan kononnya beliau terlibat dalam gerakan yang mahu Muhyiddin berundur.

Berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU 2025 di ibu negara hari ini, Hamzah menegaskan tiada pengkhianat dalam parti itu.

“Tan Sri (Muhyiddin) percayakan saya. Kami sayangkan parti. Kalau mahu pecat (saya), ke mana saya mahu pergi.
“Ini parti terakhir saya sampai mati. Saya lakukan banyak usaha demi kepentingan parti dan presiden,” katanya.

image is not available

Hamzah mahu jadi penyokong nombor satu Muhyiddin Yasin

Tegasnya, beliau bukan pengkhianat, sebaliknya mahu menjadi sahabat setia yang duduk di sebelah presiden.

“Yang penting kita menang pilihan raya, di mana kita boleh tentukan masa depan kita,” tambah Hamzah.

image is not available

Dalam ucapannya, Hamzah juga menekankan agar amalan surat layang dan ‘cucuk-mencucuk’ pemimpin dalam parti dihentikan segera.

“Kita sayangkan presiden. Hidup Tan Sri! Ini ada surat layang yang kata macam-macam dalam kalangan kita. Dalam perasmian (PAT) jangan ada budaya yang tak baik masuk dalam parti kita.
“Saya mahu beritahu ‘si kitol’ yang ada adalah mereka yang khianat kepada agama dan bangsa. Mereka bukan dari kalangan kita. Sudah-sudahlah, cukup-cukuplah,” katanya.

image is not available

Ucapan Hamzah berakhir dengan aksi memeluk erat Muhyiddin di pentas utama, diiringi tepukan gemuruh daripada perwakilan BERSATU.

Terdahulu, Hamzah turut menyeru semua ahli dan pemimpin BERSATU untuk memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Tan Sri (Muhyiddin) perlukan kita semua. Jangan cucuk mencucuk, yang jadi masalah kita hari ini adalah kerana ada orang yang belum tahu apa-apa, cuba cucuk. Apa yang belum tahu depan belakang, cucuk. Ini bukan budaya kita. Budaya kita angkat martabat presiden dan parti kita,” tegasnya.

Sumber: BH Online ( Mohd Nasaruddin Parzi )