Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat - Takiyuddin

Politics
10 Dec 2022 • 5:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pencalonan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen - Gambar Fail

KOTA BHARU - Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas.

Beliau berkata pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved