Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

3 Oct 2024 • 12:23 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Hana menyatakan  dia dan suami pada awalnya tidak serius untuk mencari ‘confinement lady’ kerana sudah berbincang untuk menjaga anak mereka bersama-sama.

"Alhamdulillah, saya rasa Allah dah susun cerita saya cantik sangat. 

"Ketika saya hamil, saya tak begitu serius untuk mencari 'confinement lady' untuk menjaga saya sepenuh masa.

"Perbincangan dengan suami ketika itu adalah kami akan jaga bayi ini sama-sama, maknanya saya akan susukan anak manakala suami akan uruskan 'burping', jaga malam dan sebagainya," katanya. 

Akui Kekal Tabah 






@lavenderconfinementcare Dengan adanya bantuan daripada Confinement Lady ataupun CL, sedikit sebanyak membantu Puan @???? ?????? untuk melalui fasa berpantang dengan baik. CL banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus berpantang dengan baik? Semoga dipermudahkan urusan Puan Hana sekeluarga? #pakejoversea #pantangdenganlcc #parentingjourney #pakejpantang #pantangjourney #fypシ #pantangmodern ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline





Imbas kembali, pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019