“Hancur Berderai Hati Ini, Rasa Gagal Jadi Seorang Perempuan…” – Nabila Huda Sedih Tak Dapat Masak Untuk Suami & Anak

20 Nov 2023 • 9:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, aktres Nabila Huda gemar berkongsi kehidupan sehariannya bersama suami dan anak perempuannya, Keisha Laila di Instagram.

Nabila atau mesra dipanggil Abil itu sering memuat naik video berkongsi tentang apa yang dimasak olehnya pada hari tersebut buat bekalan Keisha ke sekolah.

image is not available

Namun baru-baru ini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu meluahkan kesedihannya kerana tidak dapat berbuat sedemikian kerana sudah mula sibuk dengan kerja semula.

Dah hampir seminggu dah tak masuk dapur. Hancur berderai hati ni. Rasa gagal jadi seorang perempuan.

Bagi aktres berusia 38 tahun itu, dia perlu memberikan yang terbaik untuk keluarganya namun ramai warganet memberikan kata-kata positif buat Abil.

Ramai wanita memberi kata dorongan mengatakan dia sama sekali tidak gagal dan anggap sahaja kesibukan kerja dan kekangan masa itu adalah untuknya berehat daripada memasak.

image is not available 4 days ago

Nabila Huda Menyangkal Spekulasi Ada Konflik Dengan Sophia Albarakbah - "Tak Ada Kaitan Pun Sophia Dengan Isu Penyondol Tu"