‘Hancur hati, percaya dengan jalan perdamaian’. Noh Salleh akur perintah mahkamah, serah Musa pada Mizz Nina

Entertainment
15 Jan 2024 • 10:40 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

VOKALIS

Noh atau nama sebenarnya mohammad Noh Salleh, 39, berkata, meskipun situasi itu menghancurkan hati namun tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam Ahad itu.

“Ini kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13 Januari lalu pada jam lebih kurang 2.45 petang.

“Namun malam semalam (kelmarin) dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina hadir di rumah saya bersama dengan suami, anggota polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari Mahkanah Syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Berikutan itu, Noh berharap kenyataan tersebut jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak.

“Saya akan meminta nasihat peguam dan juga berterima kasih atas segala doa dari kalian,” katanya.

Pada Sabtu lalu, dilaporkan ketika ditemuramah Melodi terbitan TV3, Noh menyatakan tiada unsur penculikan membabitkan Musa seperti didakwa dan sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, perbincangan sebelum ini dengan bekas isterinya, gagal.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022 namun tidak dikurniakan anak.

Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa manakala Mizz Nina pula berkahwin dengan penyanyi rap dan penulis lirik dari Amerika Syarikat Essam Muhammad.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!