“Musa Diserahkan Dengan Rela Hati” – Noh Salleh Tampil Nafi Dakwaan Culik Anak Angkat, Mahu Berdamai Dengan Mizz Nina

14 Jan 2024 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi vokalis kumpulan Noh Hujan, tampil menafikan dakwaan dia melarikan anak angkatnya, Musa dengan bantuan pembantu rumah.

Malah, Noh juga menyifatkan tuduhan yang dibuat bekas isterinya, Mizz Nina adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Ujarnya, dia mengambil anak angkatnya, Musa melalui saluran undang-undang yang sah dan bukanlah menculik seperti yang dituduh.

image is not available

Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.

Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen. Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk.

Saya tak pernah kena tangkap. Saya hanya diminta hadir ke balai polis untuk beri keterangan. Alhamdulillah, polis juga beri kerjasama yang baik dan faham dengan situasi. Memang tiada unsur jenayah.

Jujurnya, saya ‘goyang’ bila dakwaan culik hangat diperkatakan. Mulut orang… Sumber cerita pun saya tak tahu dari mana.

Dalam pada itu, Noh atau Mohamad Noh Salleh cuba menghubungi Mizz Nina unuk berbincang mengenai urusan penjagaan Musa, namun gagal.

Tambahan, penyanyi itu turut memaklumkan dia tidak berniat mahu memisahkan Musa dengan Mizz Nina sebaliknya mahu berdamai agar dapat bersama-sama membesarkan anak mereka dengan baik.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.