Handal Energy berhasrat rayu keputusan mahkamah libatkan bayaran RM9.75 juta

Business & Finance
20 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Handal Energy berhasrat rayu keputusan mahkamah libatkan bayaran RM9.75 juta Image from: Handal Energy berhasrat rayu keputusan mahkamah libatkan bayaran RM9.75 juta hamden20/10/2026 - 18:42 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Okt - Handal Energy Berhad (Handal) berhasrat mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah yang membenarkan permohonan penghakiman terus oleh plaintif dan menolak permohonan syarikat di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

 

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, Handal memaklumkan kedua-dua permohonan itu didengar di hadapan hakim pada 19 Oktober 2026.

 

Susulan keputusan tersebut, syarikat bertanggungjawab membayar kepada plaintif sebanyak RM9.58 juta dan RM170,368.83, berserta faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan muktamad.

 

Syarikat turut diarahkan membayar kos berjumlah RM10,000.

 

Menurut Handal, peguam cara syarikat memaklumkan bahawa selepas meneliti afidavit dan hujahan bertulis kedua-dua pihak serta mendengar hujahan peguam, hakim membenarkan permohonan penghakiman terus plaintif dengan kos RM5,000 diberikan kepada plaintif.

 

Hakim berpandangan bahawa berdasarkan bukti dokumentari yang dikemukakan kepada mahkamah, kes berkenaan wajar diputuskan secara ringkas dan tiada isu yang perlu dibicarakan sehingga memerlukan perkara itu ditentukan melalui perbicaraan.

 

Pada masa sama, permohonan Handal di bawah Aturan 14A ditolak dengan kos RM5,000 diberikan kepada plaintif.

 

Bagi permohonan itu, hakim memutuskan persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak sesuai untuk ditentukan pada peringkat prosiding berkenaan.

 

Bagaimanapun, Handal berkata keputusan itu tidak dijangka memberikan kesan operasi yang material kepada kumpulan, selain perkara berkaitan pembayaran dan tindakan undang-undang tersebut.

 

Syarikat turut memaklumkan bahawa perkembangan material selanjutnya berhubung tindakan undang-undang itu akan diumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada masa yang sewajarnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved