Haniza: Undi parti yang benar-benar utamakan pemerkasaan wanita

Politics
14 Nov 2022 • 12:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah mengingatkan para pengundi bahawa negara memerlukan lebih ramai pemimpin politik wanita.

Calon PBM Hulu Selangor Haniza Mohamed Talha berkata, komposisi Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat sebelum ini hanya sekitar 15% daripada jumlah 222 ahli.

“Ini masih jauh daripada sasaran sekurang-kurangnya 30% ahli parlimen wanita yang ditetapkan ramai pihak sebelum ini.

“Kita harus ingat bahawa daripada 1,386 calon yang mengambil bahagian dalam pilihan raya pada 19 Nov nanti, 87% adalah lelaki.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, penggubal undang-undang wanita mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaum lelaki. Kajian telah menunjukkan bahawa kaum lelaki cenderung menjadi lebih agresif dan eksklusif. Manakala kepimpinan kaum Hawa bersifat lebih inklusif, konsultatif dan mempunyai lebih empati,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Haniza menyeru pengundi supaya memberi peluang kepada PBM pada pilihan raya umum ini.

Selain Haniza, calon wanita lain adalah President Designate PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mempertahankan kerusi Ampang, Dr Daroyah Alwi (Kapar) dan Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din (Labuan). Manakala daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi PBM, satu daripadanya adalah calon wanita iaitu Nazmahwati Walli yang bertanding di Bugaya.

“Pemerkasaan wanita adalah antara tunjang utama PBM. Apabila pengundi rasa mereka diketepikan dan diabaikan, mereka menjadi mangsa kepada unsur-unsur yang memanipulasi kemarahan, prasangka dan rasa kecewa orang ramai dengan mengorbankan kepentingan jangka panjang masyarakat.”