Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah

2 Aug 2024 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah. Foto Bernama

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.

Hannah berada di sini menerusi hantaran di Facebook rasminya dilihat bersama-sama memberikan dorongan kepada gandingan tersebut selepas usaha mara ke pentas final di Porte de La Chapelle Arena di sini pagi ini (petang di Malaysia) tidak kesampaian.

Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam aksi sengit separuh akhir selama 78 minit.

"Usaha untuk meraih pingat emas mungkin telah berakhir hari ini di Paris bagi Pearly dan Thinaah tetapi saya mengingatkan mereka ini - di sebalik memburu emas ini adalah semangat kecemerlangan yang kita mahu atlet dan generasi muda Malaysia bawa dalam setiap tugasan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemain tersebut jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan berjuang habis-habisan hingga mengheret lawan ke set penentuan.

Pearly-Thinaah berpeluang mencipta sejarah selaku pemenang pingat pertama Malaysia dalam acara itu apabila bertemu Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi penentuan pingat gangsa esok. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved