Hannah Yeoh letak jersi ‘Team MAS’ tanda penghormatan terakhir buat mendiang Shing Xuen

20 Oct 2025 • 12:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan penghormatan penuh makna buat mendiang Yap Shing Xuen apabila beliau meletakkan jersi Pasukan MAS di tempat persemadian remaja berusia 16 tahun itu.

image is not available

Hannah Yeoh hadir beri penghormatan terakhir

Menerusi hantaran di media sosial, Hannah menyatakan bahawa Shing Xuen merupakan seorang remaja yang aktif serta sangat meminati sukan bola tampar.

“Saya memberitahu ibunya, Wong Lee Ping, bahawa saya ingin Shing Xuen memiliki jersi kebangsaan kita, dan Lee Ping berkata Shing Xuen pasti akan menyukainya,” tulisnya.

image is not available

Hannah Yeoh rakamkan ucapan takziah buat keluarga

Dikesempatan itu, Hannah turut merakamkan ucapan takziah diatas pemergian Shin Xuen dan dilihat turut berkongsi beberapa gambar sewaktu memeluk ahli keluarga mendiang serta memberikan sokongan diatas kehilangan pelajar tingkatan empat itu.

“Kami merakamkan ucapan takziah yang paling mendalam, serta mendoakan agar keluarga tabah menghadapi kehilangan ini. Seluruh Malaysia turut berduka bersama mereka,” tulis Hannah lagi.

image is not available

Terdahulu, Shing Xuen maut selepas ditikam, dipercayai oleh rakan sekolah lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa (14 Oktober).

Upacara penghormatan dan doa untuknya berlangsung selama tiga hari sebelum jenazah mendiang dibakar di Nirvana Crematorium, Shah Alam malam tadi.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved