Hans Isaac Akhirnya Bertunang, Pilih Ratu Cantik Sebagai Bakal Isteri – “Ini Keputusan Terbaik Saya Pernah Buat”

Entertainment
16 Nov 2026 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan dengan bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hans, 55, menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin yang turut memaparkan gambar cincin pertunangan mereka.

Advertisement

Hans Isaac Umum Pertunangan

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa syukur apabila bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya bersama wanita yang disifatkan sebagai insan paling disayangi.

View this post on Instagram

Malah, aktor itu turut menyifatkan keputusan untuk melamar Francisca sebagai antara keputusan terbaik yang pernah dibuat sepanjang hidupnya.

Dalam nada berseloroh, Hans turut menyatakan bahawa wanita berketurunan Kayan dan Iban itu kini perlu bersamanya buat selama-lamanya selepas menerima lamaran tersebut.

View this post on Instagram

Tidak ketinggalan, Hans turut mengusik peminat yang sering bertanyakan mengenai perancangan perkahwinannya sebelum ini.

“No more… Hans bila nak kahwin?”

Siapa Bakal Isteri Hans Isaac

Untuk rekod, Francisca Luhong James merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak yang dikenali sebagai model dan ratu cantik tanah air.

Francisca pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 sekali gus berpeluang mewakili negara dalam pertandingan Miss Universe 2020 di peringkat antarabangsa.

Pengumuman pertunangan pasangan tersebut turut mencuri perhatian rakan-rakan selebriti dan warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Rata-rata turut menitipkan doa agar segala urusan Hans dan Francisca menuju ke jenjang pelamin dipermudahkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Hans Isaac Akhirnya Bertunang, Pilih Ratu Cantik Sebagai Bakal Isteri – “Ini Keputusan Terbaik Saya Pernah Buat”2026-11-16 12:16:40

“Tak Ada Orang Nak Anak Dia Macam Tu” - Edry Hashim Luah Rasa Penat, Kecewa Kesedaran Autisme Masih Rendah

The post Hans Isaac Akhirnya Bertunang, Pilih Ratu Cantik Sebagai Bakal Isteri – “Ini Keputusan Terbaik Saya Pernah Buat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved