'She said yes!' – Hans Isaac bakal kahwini ratu cantik Francisca Luhong, 24 tahun beza usia bukan halangan

EntertainmentLifestyle
16 Nov 2026 • 1:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'She said yes!' – Hans Isaac bakal kahwini ratu cantik Francisca Luhong, 24 tahun beza usia bukan halangan

PELAKON dan pengarah, Datuk Hans Isaac berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang selepas lamarannya terhadap ratu cantik, Francisca Luhong James diterima.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram apabila Hans, 55, memuat naik foto dirinya menyarungkan cincin ke jari manis Francisca yang juga Miss Universe Malaysia 2020.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Hans meluahkan rasa bahagia apabila wanita pilihannya itu bersetuju untuk menjadi teman hidupnya.

"She said yes! Forever with my favourite person.

Image from: 'She said yes!' – Hans Isaac bakal kahwini ratu cantik Francisca Luhong, 24 tahun beza usia bukan halangan

"To forever with you, my Kayan/Iban soon, to be wife. Best decision I’ve made and she said yes," kongsinya.

Dalam hantaran sama, Hans turut berseloroh bahawa bakal isterinya itu kini perlu bersedia untuk hidup bersama dirinya.

"She’s stuck with me now.

"No more... 'Hans bila nak kahwiinnnn?" tulisnya.

Image from: 'She said yes!' – Hans Isaac bakal kahwini ratu cantik Francisca Luhong, 24 tahun beza usia bukan halangan

Perkongsian tersebut nyata menjadi perhatian ramai, apatah lagi Hans dan Francisca mempunyai perbezaan usia 24 tahun.

Untuk rekod, Francisca yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan wanita berketurunan Kayan, Kenyah dan Iban.

Wanita berusia 31 tahun itu mencipta nama selepas dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 sekali gus mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020.

Sebelum itu, Francisca turut menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2016 dan 2018, selain berjaya melangkah ke kelompok lima terbaik dalam kedua-dua pertandingan berkenaan.

Sumber: Instagram

 

Datuk Fazley Yaakob buka cerita mengenai chemistry dan dan ciri Datuk Seri Vida yang membuatnya terpaut. Bukan saja persefahaman antara mereka berdua, malah hubungan erat anak-anak turut menjadi pendorong utama penyatuan dua keluarga ini!

#fazleyyaakob #DSV #singleparent #sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved