Hantar anak masuk asasi, Aliff Syukri terkejut yuran kolej cecah ratusan ribu

LocalFamily & Parenting
19 Aug 2025 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Ammar Ahyan, 17, bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Yuran kolej ratusan ribu

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff mengagumi Ammar yang dipercayai merupakan seorang yang bijak dan berasa tidak membazir untuk melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memberikan pendidikan terbaik buat anaknya itu.

@papalarisofficial

Alhamdulillah Ammar Ahyan dah nak masuk college dah, cepat sangat masa berlalu, papa rasa dah tua sangat dah sebab rasa baru semalam ammayan kecik lagi, sekarang dah nak masuk college, anak abah anak yang hebat.. siapa yang nak tengok part dua ammayan dekat college dia?

♬ original sound - Aliff Syukri Kamarzaman - Aliff Syukri Kamarzaman

“Ammar Ahyan ni anak yang bijak, kalau tak bijak tak payahlah masuk kolej mahal-mahal macam ini.

“Kos masuk kolej di sini memang cukup mahal makan ratus ribu jadi kalau anak abah yang seorang ini memang abah percaya sebab memang pandai sekolah dan rajin,” kata Aliff di TikTok, semalam.

image is not available

Dalam pada itu, Aliff memberitahu anaknya akan mengikuti program asasi selama setahun dan akan berangkat ke United Kingdom bagi melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi di institusi luar negara.

“Ammar Ahyan ni nampak sahaja blur, tapi akademik alhamdulillah.

“Doakan anak saya, habis sahaja asasi dia akan terus ke United Kingdom. Saya harap orang ramai boleh doakan kejayaan anak saya menuntut pelajaran di kolej ini,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, pelantun Bobo Di Mana itu turut terharu melihat anak-anakya kini sudah membesar dan mengakui berasa sudah tua apabila menyedari masa begitu cepat berlalu.

image is not available

“Cepat sangat masa berjalan, saya rasa dah tua sangat sebab macam baru semalam Ammar Ahyan kecik lagi. Sekarang dah nak masuk kolej, anak abah memang hebat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan ayah kepada enam anak ini mendedahkan dirinya tidak pernah memaksa agar anak-anak menyambung legasi perniagaannya, malah memberi ruang untuk mereka memilih minat dan cita-cita masing-masing.

Sumber: TikTok Aliff Syukri Kamarzaman