Noor Nabila belanja lebih RM140,000 setahun demi cantik tanpa mekap

EntertainmentLifestyle
18 Aug 2025 • 3:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila sekali lagi menjadi perhatain netizen setelah mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya.

Cantik tanpa solekan

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nabila mendedahkan kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.

image is not available

“Tanpa solekan, tetap berseri. Ya, ini memang satu pelaburan. Ultherapy. Emface. Exion. Titanium. Profhilo. Pico. Skin Boosters. Laser.

“Pelaburan tahunan: RM140,000 (mungkin lebih).

“Pulangan: Keyakinan yang tidak boleh dibeli dalam botol,” tulis Nabila, baru-baru ini.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet dan rata-ratanya terkejut mengetahui jumlah yang diperuntukkan oleh usahawan tersebut dalam mengekalkan kecantikan wajah tanpa sebarang solekan.

Air basuh beras dah cukup

image is not available

Kalau tak cantik, terima hakikat

image is not available

Sebelum ni elok humble

image is not available

Sebelum ini, Nabila menuai kontroversi setelah menujukkan pelan rumah mewah baharu miliknya dan tidak mahu mengambil endah berhubung isu yang sedang melanda membabitkan dirinya bersama anak kepada penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani.

Difahamkan, Nabila menjadi bahan cemuhan pengguna di media sosial setelah didakwa menyindir El Rumi setelah kekasih adiknya, Jefri Nichol tewas menerusi acara Superstar Knockout Vol.3 dalam tempoh masa 38 saat.

Sumber: Threads shazwanne