“Hantar Blok I,” – Perbualan Antara Rider & Pelanggan Ini Buat Ramai Berdekah [Video]

1 Nov 2022 • 3:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Rider buat ramai terhibur

Perkhidmatan delivery kini tidak hanya digunakan untuk menghantar makanan sahaja tetapi anda juga boleh membeli barang keperluan di rumah melalui aplikasi yang disediakan.

Malah anda juga boleh berinteraksi secara langsung dengan rider yang menghantar barangan itu secara terus menerusi aplikasi berkenaan.

Perbualan antara rider dan pelanggan jadi perhatian ramai

Terbaharu, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Ryan Syah memaparkan perbualan di antara dia dan pelanggan sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video itu, pelanggan berkenaan telah memaklumkan maklumat berkaitan alamat rumahnya kepada rider tersebut agar ia dihantar ke blok I.

Rider itu kemudian memaklumkan dia tidak tahu blok mana satu yang perlu ditujunya sebelum pelanggan berkenaan mengulang sekali lagi agar ia dihantar ke blok I.

Salah sangka ingatkan pelanggan main-main

Dia pada awalnya menganggap pelanggan tersebut tidak serius dengan soalan yang diberikan kerana menyangka individu berkenaan meminta untuk dirinya disekat (block).

“Hmm main-main cakap jelah,” kata Ryan kepada pelanggan itu.

Pelanggan itu lalu menyatakan bahawa dia sudah memberitahu Ryan di mana barangan tersebut perlu dihantar ke blok berhuruf I.

“Laa kan dah cakap blok huruf (i),” balas pelanggan tersebut.

Meninjau di ruangan komen ramai yang terhibur dengan perbualan tersebut dan menyifatkan Ryan seorang yang kelakar.

‘Siapa yang kelakar sekarang ni’

image is not available

‘Weh dia macam kelakar dan malu’

image is not available

‘Dia gelakkan kau, kau gelakkan dia bang’

image is not available