Idaman PCB Riverview: Satu-Satunya Port Glamping Di Kelantan, Siap Boleh Mancing Depan Bilik!

28 Oct 2022 • 3:41 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jika anda bercuti ke Kelantan dan ingin merasai pengalaman memancing sambil menyaksikan pemandangan indah terutama di waktu senja dengan penginapan mengadap Sungai Badang -- anda boleh cuba bermalam "Idaman PCB Riverview"!

Di sini anda juga boleh memilih sama ada mahu bermalam di bilik atau chalet ataupun glamping yang semestinya mempunyai keunikan dan tarikan yang berbeza.

image is not available

image is not available

MEMANCING DARI DEPAN BILIK CHALET & GLAMPING

Paling menarik, di Idaman PCB Riverview ini sahaja anda berpeluang memancing hanya dari depan bilik chalet atau glamping anda! Keluar bilik terus boleh melontar tali pancing! Hehehe...

image is not available

image is not available

Terletak di Kampung Pulau Pasir, Semut Api, Pantai Cahaya Bulan (PCB) -- Idaman PCB Riverview yang diusahakan sepasang suami isteri, Zainun Salleh dan Wan Yusuff Ismail itu cukup menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung dengan pemandangan alam semulajadi.

Terdapat 4 chalet dan 3 'glamping' serta kemudahan kolam renang untuk tetamu berenang dan bersantai.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, pengunjung yang menginap di resort berkenaan juga berpeluang melakukan aktiviti berkayak selain menaiki bot mengelilingi Sungai Badang.

Idaman PCB Riverview telah beroperasi sejak 2016, bermula hanya dengan satu unit dan sehingga kini memiliki 7 unit termasuk glamping.

SATU-SATUNYA GLAMPING DI KELANTAN

image is not available

Setakat ini, tarikan utama pengunjung memilih Idaman PCB Riverview adalah pasangan yang baru berkahwin dan mahu menikmati bulan madu, menyambut hari jadi serta mereka yang suka memancing.

"Tarikan utama di sini semestinya adalah glamping memandangkan saya difahamkan di sini satu-satunya glamping di Kelantan. Malah sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan tempahan untuk glamping sudah penuh sehingga Januari tahun depan.

image is not available

image is not available

"Malah, chalet juga mendapat sambutan menggalakkan dan boleh dikatakan hampir setiap minggu penuh. Kebanyakan pengunjung kami tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing dari chalet atau glamping masing-masing.

"Syukur Alhamdulillah, dengan sambutan hangat yang diterima. Selain mereka boleh memancing, kami juga menyediakan kayak serta bot untuk mereka yang berminat melakukan aktiviti berkenaan selain kemudahan BBQ untuk pengunjung," kata pemiliknya.

image is not available

HARGA YANG SANGAT BERBALOI

Harga yang dikenakan untuk chalet adalah RM120 satu malam, manakala glamping pula RM150 dan RM190 bagi pemandangan sungai.

Untuk setiap glamping boleh memuatkan sehingga 5 orang dan turut disediakan kemudahan penghawa dingin serta tandas khas bersebelahan glamping masing-masing.

"Memandangkan sambutan terutama glamping di luar jangkaan, kami dalam proses menyiapkan satu lagi glamping yang berada di atas air dan dijangka beroperasi tidak lama lagi selain bakal menambah beberapa unit lagi.

"Mereka yang mahu membuat tempahan chalet atau glamping boleh berbuat demikian menerusi booking.com dan Facebook Idaman PCB Riverview," katanya.

Bagi yang berminat mengunjungi Idaman PCB Riverview boleh menghubungi Zainun di 013-9079373.

image is not available

Sumber: Berita Harian