Hantaran Caprice Di IG Dapat Perhatian, Ramai Berteka-Teki Siapa Artis Terkenal Ditahan Terlibat Kes Amang Seksual

LocalFamily & Parenting
5 Jun 2025 • 2:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam media melaporkan tentang penahanan seorang pelakon dan penyanyi terkenal selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Siti Kamsiah Hassan berkata, selebriti itu kemduian dibebaskan dengan jaminan polis.

image is not available 22 hours ago

Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual, Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal

Berita itu menjadi topik hangat di media sosial dan meraih perhatian ramai termasuklah penyanyi rap dan aktivis sosial, Caprice yang telah memuat naik hantaran berkaitan kes tersebut di Instagram.

Kata Caprice, kes melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin meningkat justeru ibu bapa perlu proaktif dalam memantu aktiviti telefon bimbit untuk mengelakkan perkara sebegini terus berlaku.

Salute PDRM, Fahmi Fadzil dan SKMM. Ibu bapa perlu lebih proaktif dalam memantau telefon anak-anak mereka. Tak kisahlah pelaku artis ke, influencer ke, orang awam ke. Ini perkara serius.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

image is not available

image is not available

Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada netizen yang berteka-teki tentang siapakah gerangan selebriti yang tidak didedahkan identitinya itu.

Namun, ramai juga yang turut menyebut satu nama pelakon dan penyanyi lelaki yang dikenali di dalam industri hiburan tanah air.

image is not available image is not available

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak yang terlibat dan pihak polis juga turut tidak memberikan sebarang maklumat lain tentang suspek.

Siapa agaknya eh?