Kertas siasatan amang seksual libat selebriti diserah kepada TPR

LocalEntertainment
5 Jun 2025 • 6:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes pelakon dan penyanyi terkenal yang disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya sedang menunggu arahan pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR pagi tadi dan masih dalam tindakan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan seorang remaja wanita berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Pelakon dan penyanyi berkenaan yang ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.

Suspek dilaporkan pernah beberapa kali bertemu mangsa di sebuah kafe tempat remaja itu bekerja sebelum kejadian itu berlaku.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved