Hantaran Hina Islam Harith Iskander Masih Belum Diturunkan, Apa Kata MCMC?

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 10:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
harith iskander

Oh Harith Iskander. Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang isu tiga pengacara radio ERA yang didakwa mempersenda agama hindu. Sejak isu ini viral semalam, banyak pihak sudahpun mengeluarkan kenyataan termasuk Menteri Komunikasi dan Ketua Polis Negara.

Jadi, isu ini juga membuatkan netizen mempersoal, apa pula perkembangan kes Harith Iskander?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan masih menyiasat kes hantaran di akaun Facebook pelawak Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam.

JAKIM sudah lama buat aduan MCMC…

image is not available

MCMC mengesahkan telah menerima aduan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang meminta sekatan akaun dan penurunan kandungan dibuat.

Namun, sehingga kini, tindakan seperti yang diminta oleh JAKIM masih belum dilaksanakan.

Pihak MCMC menerima aduan daripada pihak JAKIM berkaitan hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam di platform media sosial Facebook oleh pemilik akaun Harith Iskander.

Buat masa ini, kes tersebut masih dalam proses siasatan.- Kata MCMC dalam kenyataan ringkas.

Isu ‘Ham and Cheese’ cetus kontroversi…

image is not available

Sebelum ini, kes ini timbul selepas hantaran Harith yang mempersoalkan isu sandwic ‘ham and cheese’ yang diragui status halalnya.

Januari lalu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis dan akan memanggil Harith untuk memberikan penjelasan mengenai hantaran tersebut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.