Hantaran Ibu Kanak-Kanak Dicium ‘Abang Bas’ Tular, Buntu Selepas Adik Ditahan Reman – “Siapa Nak Hantar Anak Saya?”

LocalEntertainment
8 Sep 2024 • 5:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang mengakui dirinya adalah kakak kandung kepada pemandu bas yang tular kerana konten melibatkan murid sekolah, meluahkan rasa gusar di media sosial.

Melalui satu komen di Facebook, wanita itu berkata pemandu bas tersebut adalah adiknya, manakala murid sekolah yang dipaparkan dalam video merupakan anaknya sendiri.

Wanita tersebut turut memuat naik hantaran lain, bertanya bagaimana dia akan menghantar anaknya ke sekolah setelah adiknya ditahan reman.

Nak kena berhenti kerja hantar anak sendiri ke? Ke merempit?” tulisnya sambil menyertakan foto anak perempuannya itu.

image is not available

Bagaimanapun, semakan semula ke akaun wanita terbabit mendapati hantaran tersebut telah dipadam namun netizen di platform X sempat mengambil tangkap layar dan hal tersebut menjadi bualan di laman sosial itu.

Ada yang berpendapat ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu ditahan kerana membenarkan dan normalisasikan ‘aksi penyayang’ begitu sebagai konten TikTok.

Malah apabila ditegur dengan baik oleh warganet, ibu kanak-kanak tersebut hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik untuk adiknya yang telah ditahan reman dan anaknya.

Tolong cakap dengan adik, walau anak sedara jangan nak sentuh sentuh bibir anak Puan macam tu. Ajar anak sentuhan selamat Puan. Status bapa saudara bukanlah lesen besar untuk sentuh sentuh macam itu.

image is not available 4 days ago

"650,000 Pengikut Pun Patut Disiasat" - Akaun TikTok 'Abang Bas' Buat Kandungan P*dofilia Lesap!