Hantaran Instagram Ruhainies Dikecam Gara-Gara Tuntutan Cerai Bella – “Berhenti Guna Nama Allah, Stop Play Victim!”

Entertainment
13 Mar 2024 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan daripada kehadiran pelakon Bella Astillah ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk prosiding tuntutan cerai terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz, ruangan Instagram aktres Ruhainies dihujani dengan komen-komen berbaur kecaman daripada netizen.

Menurut tinjauan, Ruhainies ada memuat naik satu hantaran berbunyi “berhenti membenci seseorang atas apa yang kamu dengari dan sentiasa bersyukur Allah tidak membencimu atas apa yang Dia ketahui”

Hantaran itu kemudian dihujani komen kecaman yang menggesa agar aktres itu memohon maaf terhadap Bella Astillah dan berhenti menggunakan nama Allah di atas kesilapan yang dilakukan.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota. Hingga setakat ini, tiada kenyataan rasmi mengenai insiden itu dibuat oleh kedua-dua pelakon tersebut.

image is not available

image is not available

Malah, pihak Jabatan Agama Islam juga tampil membuat kenyataan bahawa mereka tidak berkompromi dengan kes sebegitu sekaligus memadam spekulasi ia adalah sekadar ‘marketing’ drama terbaru mereka semata-mata.

Dan pada hari ini, isteri Aliff Aziz, aktres Bella Astillah dilaporkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi memfailkan cerai terhadap suaminya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Saya Akan Cakap Daddy Kerja" - Bella Astillah Belum Sedia Kongsi Berita Cerai Dengan Anak-Anak, Hanya Mampu Menangis