‘Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai’ – Bella Astillah

13 Mar 2024 • 3:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon, Bella Astillah telah memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Peguam yang mewakili Bella Astillah dalam kes berkenaan berkata, hari ini merupakan tarikh sebutan pertama bagi kes tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin (Isnin) secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Saya mohon tarikh seterusnya pada 4 April.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.

Dalam pada itu, Bella mengharapkan proses ini akan selesai dengan segera dan mereka dapat menjalani kehidupan masing-masing.

“Patutnya dia (Aliff Aziz) hadir hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya,” katanya.