Hantaran Terbaru Kasih Iris Leona Undang Perhatian

EntertainmentLifestyle
28 May 2025 • 3:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kasih Iris Leona

Pempengaruh media sosial terkenal, Kasih Leona, sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka mengaku kini terpikat dengan lelaki berbangsa Sepanyol selepas menikmati percutian solo ke Málaga, Sepanyol baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, Leona memuat naik satu video di Tiktok kelihatan ceria menikmati suasana Eropah sambil berkongsi perubahan minat terbarunya.

Saya serius! Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin kerana lelaki Sepanyol menepati cita rasa saya yang baru! Saya akan belajar bahasa Sepanyol.

Leona dah mula belajar bahasa Sepanyol?

image is not available

Dalam video sama, Leona kelihatan begitu bersemangat apabila menyebut perkataan “Ola” (hai) sebagai tanda permulaan dirinya belajar bahasa Sepanyol – mungkin sebagai persediaan kalau terserempak dengan jejaka impian!

Aksi spontan dan jujur Leona itu nyata mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dan menyokong minat baharunya.

“Mesti lelaki tu lagi tua!” – Netizen

image is not available

Tidak kurang juga yang berseloroh mengaitkan kenyataan Leona dengan minatnya terhadap lelaki lebih berusia, merujuk kepada pengakuan lamanya tentang ciri lelaki idaman.

Adakah dia lebih tua sedekad?

Memang saya boleh relate… Bila tak kena dengan jiwa, kita tukar haluan.

Namun, Leona sempat menjelaskan dia tidak bercakap tentang sesiapa secara spesifik, sekadar berkongsi rasa dan minat yang timbul secara semula jadi.

Pssttt! Minat dan cita rasa boleh berubah ikut pengalaman hidup, tapi yang penting, sentiasa jujur dengan diri sendiri. Teruskan jadi diri sendiri, Leona!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.