'Hantu Durian' Ambil Maklum Jika Tak Mahu Benda Ni Terjadi

Health & FitnessFood
23 Jun 2026 • 12:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Hantu Durian' Ambil Maklum Jika Tak Mahu Benda Ni Terjadi

'Hantu Durian' Ambil Maklum Jika Tak Mahu Benda Ni Terjadi

Di mana-mana sekarang, durian bukan lagi sekadar buah musim, tetapi sudah menjadi tarikan utama yang memenuhi tepi jalan, pasar malam dan juga ruang perkongsian di media sosial.

Harga yang jatuh membuatkan ramai merasakan ini peluang terbaik untuk menikmati buah kegemaran tanpa banyak berfikir.

Ramai yang singgah seketika di gerai, kemudian terus membeli tanpa banyak pertimbangan.

Dari satu bekas kecil, akhirnya boleh bertukar menjadi beberapa bungkus kerana terasa sayang untuk melepaskan peluang ketika harga sedang murah.

Namun di sebalik suasana yang meriah itu, ada satu perkara penting yang sering terlepas pandang.

Keseronokan menikmati durian hari ini boleh memberi kesan kepada kesihatan jika tidak dikawal dengan baik, terutama apabila dimakan secara berlebihan tanpa mengira kemampuan tubuh.

Hari ini, SK ingin kongsikan peringatan daripada Public Health Malaysia mengenai kesan yang boleh berlaku jika mengambil durian dalam jumlah yang banyak.

Kesan jika makan durian terlalu banyak

Durian murah, tapi kesihatan anda lebih mahal. Harga durian memang murah sekarang. Dekat tepi jalan nampak longgok. Di media sosial pun ramai share harga runtuh.

Ada yang beli satu bekas. Ada yang beli satu bakul. Ada yang rasa, “alang-alang murah, makan puas-puas.” Tapi jangan lupa.

Yang murah itu durian. Yang mahal itu gula darah kita. Yang mahal itu buah pinggang kita. Yang mahal itu jantung kita.

Yang mahal itu kesihatan yang susah nak dapat balik bila sudah terganggu. Durian bukan makanan terlarang.

Durian sedap. Durian ada musim. Durian memang nikmat.

Cuma masalahnya bermula bila kita makan seolah-olah badan tiada limit.

Image from: 'Hantu Durian' Ambil Maklum Jika Tak Mahu Benda Ni Terjadi
Kredit: Public Health Malaysia

Bagi orang yang ada diabetes, durian boleh menyebabkan gula darah naik dengan cepat jika dimakan terlalu banyak.

Bagi pesakit buah pinggang, kandungan potassium dalam durian boleh jadi risiko jika tidak dikawal.

Bagi yang mudah gastrik, reflux, kembung atau senak perut, makan banyak durian boleh buat badan rasa tidak selesa.

Dan untuk kita yang kononnya “sihat”, makan durian berlebihan tetap boleh menyumbang kepada kalori berlebihan.

Sebab itu makanlah. Tapi makan berpada-pada. Jangan sampai sebab murah hari ini, esok badan pula yang bayar harga.

Durian boleh beli lagi. Kesihatan, bila sudah merosot, bukan semudah itu untuk beli semula.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved