Hantu LPT2 ‘ikut’ balik rumah

19 Oct 2026 • 10:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hantu LPT2 ‘ikut’ balik rumah

PETALING JAYA – Seorang individu serik apabila didakwa telah dua kali diganggu ‘makhluk halus’ sewaktu melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), sehingga nyaris terbabas.

Menerusi hantaran Thread Reh_pakejperhentian mendakwa, dia pernah diganggu sehingga anaknya dikatakan menjadi ‘mangsa’ kepada gangguan tersebut.

“Macam mana nak buat aduan hantu kat LPT2 ya? Stres buat terkejut orang dan nasib baik tak terbabas. Dua kali ya buat benda sama.

“Ada part (bahagian) paling gilo wei, sampai ke rumah ‘dia’ ikut dan anak saya jadi mangsa. Dia ganggu budak ni sampai nangis tak berhenti wei semalam,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread termasuk ada yang mendakwa terdapat kawasan ‘keras’ di laluan LPT2.

“Kat kawasan Perasing pun kena hati-hati. Kiranya sepanjang LPT tu kena hati-hati juga,” dakwa Akeyworld_zaki.

“Jangan lah lalu LPT2 lepas waktu maghrib, memang ‘keras’,” dakwa Faizalidris43.

“Pernah baca sebelum ni, sebelum sampai rumah kena berhenti mana-mana dulu. Kedai ke, stesen minyak ke, supaya ‘benda’ tu tak ikut sampai ke rumah,” kata Cloudmelt. – KOSMO! ONLINE

The post Hantu LPT2 ‘ikut’ balik rumah appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved